| TEMA | Manusia |
| TAJUK | Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia. |
| MASA | 60 minit |
| FOKUS UTAMA | Standard Kandungan | 2.1 | Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia. |
| Standard Pembelajaran | 2.1.1 2.1.2 2.1.3 | Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, dan kaki. Mencerita tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
| |
| OBJEKTIF | Pada akhir pengajaran, murid dapat: | ||
| 1. Menamakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bahagian-bahagian anggota badan. 2. Meyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bahagian anggota badan. 3. Melabelkan bahagian-bahagian anggota badan. | |||
| | |||
| PENGISIAN KURIKULUM | Ilmu: Pendidikan Moral , Seni visual, Bahasa Melayu Nilai : Menghargai Pemberian Tuhan dan bersyukur KBT: Kontekstual , Konstruktivisme dan Kecerdasan Pelbagai.KBKK | ||
| | |||
| MEDIA | Kad perkataan, gambar, kad imbasan, lembaran kerja, Mikrosoft Words | ||
| Elemen merentasi kurikulum | Elemen TMK 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. 2.3Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. | ||
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
| AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN |
| Set Induksi ( 5 minit ) a. Guru menunjukkan gambar badan manusia. b. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai badan manusia. a. | Media: Gambar Nilai : kerjasama KBT : Kecerdasan Pelbagai | Gambar badan manusia |
| Langkah 1 ( 10 minit ) a. Murid menamakan anggota badan. b. Guru menunjukkan kad gambar dan menyuruh murid suaikan gambar dengan perkataan yang betul. c. Murid mengeja perkataan yang telah disuaikan. | Media: Kad Gambar Nilai : Bekerjasama KBT : KBKK | |
| Langkah 2 ( 20 minit ) a. Guru membentuk 4 kumpulan murid. b. Guru menunjukkan gambar anggota badan. c. Murid menyatakan fungsi anggota badan. d. Sesi soal jawab. | Media: Gambar anggota badan. Nilai : kerjasama KBT : Kecerdasan Pelbagai | Aktiviti dalam kumpulan. |
| Langkah 3 ( 10 minit ) a. Murid melabelkan gambar anggota badan menggunakan Microsoft word. b. Murid melabelkan dan melengkapkan ejaan. | Media : Microsoft Word Nilai : Kerjasama | |
| Langkah 4 ( 10 minit ) a. Guru mengedarkan lembaran kerja. b. Murid-murid menjawab lembaran kerja. Pengayaan a. Melabelkan nama bahagian anggota badan. Pengukuhan a. Murid memadankan gambar dengan perkataan yang diberi. Pemulihan a. Mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal. | KBT: Kemahiran berfikir (Mengelaskan) | Lembaran kerja. |
| Penutup (5 minit ) · Murid menyanyikan lagu “tubuhku dan gunanya” ( rujuk buku teks m/s 11) | · Nilai : kerjasama · KBT: Kecerdasan Pelbagai | |
| BAND | STANDARD | DISKRIPTIF | PENCAPAIAN |
| 1 | Mengenal anggota tubuh | Mengenal anggota tubuh badan. | |
| 2 | Mengenal dan menyebut anggota tubuh badan | Mengenal dan menyebut anggota tubuh badan. | |
| 3 | Mengenal, menyebut dan melabel anggota tubuh badan | Melabel anggota tubuh badan yang disebut oleh guru. | |
| 4 | Mengenal, menyebut, melabel, menulis dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | Menulis dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | |
| 5 | Mengenal, menyebut, melabel, menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | Menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | |
| 6 | Mengenal, menyebut, melabel, menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan dan melakarkan gambarajah bahagian tubuh badan serta dapat menerangkan kepada rakan. | Melakarkan gambarajah tubuh badan dan menerangkan kepada murid lain. | |
No comments:
Post a Comment