Wednesday, December 22, 2010
PMR RESULT IS COMING SOON!
Aduhai, esok adalah penentu masa depan anakku BELLA... Keinginannya untuk ke SMBP adakah bakal menjadi kenyataan atau sebaliknya? Cita2nya untuk menjadi seorang doktor adakah boleh direalisasikan? Jikalau resultnya bagus dapatlah masuk aliran sains jika tidak hancurlah harapan bella.
Apa2 pun esok merupakan hari yang mendebarkan.. Semuga anakku Bella akan mencipta kecemerlangan sebagaimana abangnya IFwat.. Aminn
Bella, jika result elok umi akan bawa Bella pergi ke tempat yang Bella nak sangat pergi semasa cuti sekolah masih berbaki ni,, ok..
Monday, December 20, 2010
Selamat tinggal cuti!
Ah... aku masih mengadap komputer diawal pagi 20 Disember 2010.. Adoi! Jam 8.30 nanti aku akan mula bertugas semula... Dah lama tak ke sekolah. rasanya amatlah malas .. tapi apakan daya sebagai penjawat awam aku harus akur pada perintah bos untuk menghadiri mesyuarat persediaan awal tahun 2011.. Bagi diriku dan rakan2 sejawat akan buka lembaran baru mulai esok akan ke sekolah semula dan sehinggalah ketahun depan akan 'berperang' dengan budak2 semula.. he..he.
Sunday, December 19, 2010
Bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah
TEMA | Manusia |
TAJUK | Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia. |
MASA | 60 minit |
FOKUS UTAMA | Standard Kandungan | 2.1 | Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia. |
Standard Pembelajaran | 2.1.1 2.1.2 2.1.3 | Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, dan kaki. Mencerita tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
| |
OBJEKTIF | Pada akhir pengajaran, murid dapat: | ||
1. Menamakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bahagian-bahagian anggota badan. 2. Meyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bahagian anggota badan. 3. Melabelkan bahagian-bahagian anggota badan. | |||
| |||
PENGISIAN KURIKULUM | Ilmu: Pendidikan Moral , Seni visual, Bahasa Melayu Nilai : Menghargai Pemberian Tuhan dan bersyukur KBT: Kontekstual , Konstruktivisme dan Kecerdasan Pelbagai.KBKK | ||
| |||
MEDIA | Kad perkataan, gambar, kad imbasan, lembaran kerja, Mikrosoft Words | ||
Elemen merentasi kurikulum | Elemen TMK 2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. 2.3Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. |
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN |
Set Induksi ( 5 minit ) a. Guru menunjukkan gambar badan manusia. b. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai badan manusia. a. | Media: Gambar Nilai : kerjasama KBT : Kecerdasan Pelbagai | Gambar badan manusia |
Langkah 1 ( 10 minit ) a. Murid menamakan anggota badan. b. Guru menunjukkan kad gambar dan menyuruh murid suaikan gambar dengan perkataan yang betul. c. Murid mengeja perkataan yang telah disuaikan. | Media: Kad Gambar Nilai : Bekerjasama KBT : KBKK | |
Langkah 2 ( 20 minit ) a. Guru membentuk 4 kumpulan murid. b. Guru menunjukkan gambar anggota badan. c. Murid menyatakan fungsi anggota badan. d. Sesi soal jawab. | Media: Gambar anggota badan. Nilai : kerjasama KBT : Kecerdasan Pelbagai | Aktiviti dalam kumpulan. |
Langkah 3 ( 10 minit ) a. Murid melabelkan gambar anggota badan menggunakan Microsoft word. b. Murid melabelkan dan melengkapkan ejaan. | Media : Microsoft Word Nilai : Kerjasama | |
Langkah 4 ( 10 minit ) a. Guru mengedarkan lembaran kerja. b. Murid-murid menjawab lembaran kerja. Pengayaan a. Melabelkan nama bahagian anggota badan. Pengukuhan a. Murid memadankan gambar dengan perkataan yang diberi. Pemulihan a. Mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal. | KBT: Kemahiran berfikir (Mengelaskan) | Lembaran kerja. |
Penutup (5 minit ) · Murid menyanyikan lagu “tubuhku dan gunanya” ( rujuk buku teks m/s 11) | · Nilai : kerjasama · KBT: Kecerdasan Pelbagai | |
BAND | STANDARD | DISKRIPTIF | PENCAPAIAN |
1 | Mengenal anggota tubuh | Mengenal anggota tubuh badan. | |
2 | Mengenal dan menyebut anggota tubuh badan | Mengenal dan menyebut anggota tubuh badan. | |
3 | Mengenal, menyebut dan melabel anggota tubuh badan | Melabel anggota tubuh badan yang disebut oleh guru. | |
4 | Mengenal, menyebut, melabel, menulis dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | Menulis dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | |
5 | Mengenal, menyebut, melabel, menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | Menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan. | |
6 | Mengenal, menyebut, melabel, menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan dan melakarkan gambarajah bahagian tubuh badan serta dapat menerangkan kepada rakan. | Melakarkan gambarajah tubuh badan dan menerangkan kepada murid lain. | |