Wednesday, December 22, 2010

PMR RESULT IS COMING SOON!

11.30pm 22.12.2010

Aduhai, esok adalah penentu masa depan anakku BELLA... Keinginannya untuk ke SMBP adakah bakal menjadi kenyataan atau sebaliknya? Cita2nya untuk menjadi seorang doktor adakah boleh direalisasikan? Jikalau resultnya bagus dapatlah masuk aliran sains jika tidak hancurlah harapan bella.

Apa2 pun esok merupakan hari yang mendebarkan.. Semuga anakku Bella akan mencipta kecemerlangan sebagaimana abangnya IFwat.. Aminn

Bella, jika result elok umi akan bawa Bella pergi ke tempat yang Bella nak sangat pergi semasa cuti sekolah masih berbaki ni,, ok..

Monday, December 20, 2010

Selamat tinggal cuti!

12.15am

Ah... aku masih mengadap komputer diawal pagi 20 Disember 2010.. Adoi! Jam 8.30 nanti aku akan mula bertugas semula... Dah lama tak ke sekolah. rasanya amatlah malas .. tapi apakan daya sebagai penjawat awam aku harus akur pada perintah bos untuk menghadiri mesyuarat persediaan awal tahun 2011.. Bagi diriku dan rakan2 sejawat akan buka lembaran baru mulai esok akan ke sekolah semula dan sehinggalah ketahun depan akan 'berperang' dengan budak2 semula.. he..he.

Science activity 3-Egg In the Middle

Sunday, December 19, 2010

science activity 2

Science activity

Bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah

TEMA

Manusia


TAJUK

Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia.

MASA

60 minit

FOKUS UTAMA

Standard

Kandungan

2.1

Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia.

Standard

Pembelajaran

2.1.1

2.1.2

2.1.3

Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, dan kaki.

Mencerita tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tubuh manusia.

Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

1. Menamakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bahagian-bahagian anggota badan.

2. Meyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bahagian anggota badan.

3. Melabelkan bahagian-bahagian anggota badan.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu: Pendidikan Moral , Seni visual, Bahasa Melayu

Nilai : Menghargai Pemberian Tuhan dan bersyukur

KBT: Kontekstual , Konstruktivisme dan Kecerdasan Pelbagai.KBKK

MEDIA

Kad perkataan, gambar, kad imbasan, lembaran kerja, Mikrosoft Words

Elemen merentasi kurikulum

Elemen TMK

2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.

2.3Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Set Induksi

( 5 minit )

a. Guru menunjukkan gambar badan manusia.

b. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai

badan manusia.

a.

Media: Gambar

Nilai : kerjasama

KBT :

Kecerdasan Pelbagai

Gambar badan manusia

Langkah 1

( 10 minit )

a. Murid menamakan anggota badan.

b. Guru menunjukkan kad gambar dan

menyuruh murid suaikan gambar dengan

perkataan yang betul.

c. Murid mengeja perkataan yang telah

disuaikan.

Media: Kad Gambar

Nilai :

Bekerjasama

KBT :

KBKK

Langkah 2

( 20 minit )

a. Guru membentuk 4 kumpulan murid.

b. Guru menunjukkan gambar anggota badan.

c. Murid menyatakan fungsi anggota badan.

d. Sesi soal jawab.

Media:

Gambar anggota badan.

Nilai :

kerjasama

KBT :

Kecerdasan Pelbagai

Aktiviti dalam kumpulan.

Langkah 3

( 10 minit )

a. Murid melabelkan gambar anggota badan

menggunakan Microsoft word.

b. Murid melabelkan dan melengkapkan ejaan.

Media :

Microsoft Word

Nilai :

Kerjasama

Langkah 4

( 10 minit )

a. Guru mengedarkan lembaran kerja.

b. Murid-murid menjawab lembaran kerja.

Pengayaan

a. Melabelkan nama bahagian anggota badan.

Pengukuhan

a. Murid memadankan gambar dengan perkataan yang diberi.

Pemulihan

a. Mengisi tempat kosong dengan huruf yang

tertinggal.

KBT:

Kemahiran berfikir

(Mengelaskan)

Lembaran kerja.

Penutup

(5 minit )

· Murid menyanyikan lagu “tubuhku dan gunanya” ( rujuk buku teks m/s 11)

· Nilai :

kerjasama

· KBT:

Kecerdasan Pelbagai

BAND

STANDARD

DISKRIPTIF

PENCAPAIAN

1

Mengenal anggota tubuh

Mengenal anggota tubuh badan.

2

Mengenal dan menyebut anggota tubuh badan

Mengenal dan menyebut anggota tubuh badan.

3

Mengenal, menyebut dan melabel anggota tubuh badan

Melabel anggota tubuh badan yang disebut oleh guru.

4

Mengenal, menyebut, melabel, menulis dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan.

Menulis dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan.

5

Mengenal, menyebut, melabel, menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan.

Menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan.

6

Mengenal, menyebut, melabel, menulis, mengeja dan menyatakan fungsi anggota tubuh badan dan melakarkan gambarajah bahagian tubuh badan serta dapat menerangkan kepada rakan.

Melakarkan gambarajah tubuh badan dan menerangkan kepada murid lain.